Wednesday, May 27, 2009

Tingkatan 4 tahun 2009 PRINSIP PERAKAUNAN ...

kepada semua rakan guru dan pelajar yang saya hormati, tajuk-tajuk penting yang wajib anda faham dan ingat adalah seperti berikut:

TAJUK-TAJUK PENTING BAGI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009....

1. Dokumen hingga ke Imbangan Duga- kerana soalan ini adalah soalan 1 dalam SPM
2. Penyata Pendapatan dengan pelarasan - ini adalah asas kepada Akaun Penamat Milikan
Tunggal dan tajuk-tajuk tingkatan 5... dan LCCI
3. Persamaan Kunci kira-kira
4. konsep2 perakaunan dan kitaran - soalan objektif
5. Pelarasan sahaja
6. Buku tunai runcit

untuk latihan lanjut yang wajib dibuat oleh pelajar ...
untuk mengakses soalan sila klik disini

KALAU TAK BOLEH MASUK GUNA ALAMAT INI : amz579j@yahoo.com dan pasSword amirhaziq... insyallah boleh masuk...

Saturday, May 23, 2009

Tingkatan 5 tahun 2009

Tajuk LCCI yang perlu untuk SPM 2009
1. Akaun Kawalan ini biasanya termasuk dalam akaun kelab dan persatuan dan rekod tak lengkap
2. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira Milikan Tunggal (Tingkatan 4)
3. Akaun Perkongsian dan Realisasin - bagi tajuk ini biasakan dengan tajuk perasingan beruangan
4. Akaun Kelab dan persatuan - tajuk ini lebih kepada akaun yuran, pelarasan dan menyediakan kunci kira-kira samping itu ia juga perlu mencari jumlah belian dan jualan @ Sediakan akaun kawalan penghutang dan pemiutang
5. Rekod Tidak Lengkap lebih menyediakan akauan kawalan dan pelarasan .

beberapa pelarasan yang dijangka akan ditanya terutamanya
a. 1 soalan pelarasan bagi belanja terakru atau terdahulu
b. 1 soalan pelarasan bagi hasil terakru atau terdahulu
c. 1 soalan peruntukan hutang ragu atau 1 soalan hutang lapuk
d. 1 soalan peruntukan susutnilai yang mengikut ketiga-tiga
kaedah
e. 1 soalan dari pelupusan aset, untung atau rugi
f. 1 soalan dari pembetulan kesilapan
g. 1 soalan dari mencari modal awal atau akhir.
h. jika soalan kelab atau RTL maka jumlah bank akhir perlu dicari..
yang penting anda faham tentang jumlah awal bank + penerimaan@wang masuk - pembayaran@wang keluar = baki akhir bank yang perlu ditunjukkan dalam kunci kira-kira.

untuk SPM Tajuk LCCI akan keluar bagi soalan nombor 2 dan 3 dari bahagian A (wajib jawab dan 30 markah dari 2 soalan ini)

***Tajuk Utama lain yang telah belajar, perlu diulangkaji bagi Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2009

G 1 (target soalan 4,5,6)
1. Aliran tunai
2. Penyata Penyesuaian bank
3. Buku Tunai Runcit

G2 (target soalan 4,5,6)
4. Akaun Pengeluaran
5. Akaun Syarikat
6. Pembetulan kesilapan
7. Pelarasan pada tarikh Imbangan - semua tajuk ada pelarasan

G3 (target soalan 4,5,6)
8. Perakaunan kos - Volume Untung
9. Tafsiran penyata Kewangan

Tips
* jika membuat latihan jangan tengok buku rujukan semasa menjawab.. ambil soalan sahaja
** Latihan buat soalan yang sama pun tak mengapa... asalkan jangan buat rujukan jawapan.. setelah selesai baru lihat jawapan... betul atau salah... kalau salah... tengok kesilapan yang dibuat dan buat semula dengan tanpa rujukan....

*** untuk AKSES SOALAN-SOALAN LATIHAN sila KLIK DISINI

KALAU TAK BOLEH MASUK GUNA ALAMAT INI : amz579j@yahoo.com dan pasword amirhaziq... insyallah boleh masuk...

SELAMAT MENCUBA... ANDA PERLU YAKIN ANDA BOLEH BERJAYA SEPERTI ORANG LAIN........JANGAN OVER CONFIDENT NANTI MAKAN DIRI....